E-FOLIO TENTANG ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA
Pada hari Rabu, 15/2/2017. Semasa kelas Pengajian Malaysia berlansung Puan Norhafiza memberitahu kami bahawa Dr Azlina tidak dapat mengajar kami kerana Dr Azlina mempunyai urusan penting yang hendak dilakukan. Walaupun Dr Azlina tidak dapat hadir ke kelas, pembelajaran tetap berjalan seperti biasa tetapi pengajarnya telah digantikan oleh Puan Norhafiza.
Pada pukul 10 pagi, semasa pelajar tengah bersiap sedia untuk memulakan pelajaran. Puan norhafiza menceritakan sedikit tentang "Isu - Isu Keprihatinan Negara" kepada pelajar agar mereka lebih faham untuk masuk ke tajuk yang seterusnya.
Sesudah selesai mencerita serba sedikit tentang "Isu - Isu Keprihatinan Negara". Pn Norhafiza mula masuk untuk bab dasar malaysia iaitu tentang hal ehwal serantau dan dunia iaitu : ASEAN, OIC, KOMANWEL,NAM Dan PBB.
sesi pembelajaraan yang dijalankan tentang
"Isu - Isu Keprihatinan Negara"
Setelah selesai mempelajari "Isu - Isu Keprihatinan Negara"
Puan Norhafiza juga membukakan soalan kepada pelajar jika ada sesuatu yang tidak faham. setelah selesai Puan Norhafiza pula yang membuka soalan kepada pelajar bagi menguji kefahaman pelajar sepanjang sesi pembelajaran itu berlangsung.
Kesimpulannya, cara pengajaran yang diterangkan oleh Puan Norhafiza amat efektif kepada pelajar kerana Puan Norhafiza banyak memberi peluang kepada pelajar untuk bercakap. Dengan cara itu juga tahap keyakinan pelajar akan lebih yakin untuk berdepan sesuatu.
Sekian Terima Kasih
Disediakan oleh: Siti Norsyafika Naida Bte Mohamad Naim