Wednesday 22 February 2017

Efolio Tentang Biodata Tokoh - Tokoh


  Pada hari ni, hari rabu bersamaan  22/2/2017 kelas Dls1A telah masuk ke kelas Pengajian Malaysia. Puan Dr.Azlina memulakan kelas seperti biasa dengan ucapan Assalamuailaikum dan selamat tengahari dan diiringi bacaan doa sebelum memulakan pelajaran. Suasana  menjadi gemuruh apabila Puan Dr.Azlina  menunjukkan markah quiz satu dan dua. Markah untuk kesemuanya memuaskan kerana kemahiran yang diajar oleh Puan Dr.Azlina sangat berkesan. 
    
    Selepas itu, beliau menerangkan efolio kepada kami tentang tokoh yang sudah dipilih oleh setiap kumpulan untuk membuat biodata. Beliau juga memesan supaya tidak meniru kesemuanya ayat terdapat dari internet. Ayat - ayatnya perlu diubah suai untuk pengetahuan masing- masing dan kami perlu membuat tiga perenggan untuk satu tugas yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan secara adil.
      
   Untuk mengurangkan beban ketua Puan Dr.Azlina menyuruh kami membuat dari powerpoint dan ketua boleh terus masukkan ke dalam blogger setiap ahli kumpulan. Tugas kedua yang diberikan ialah membuat video mengenai apa yang telah dicatatkan untuk biodata tokoh - tokoh yang dipilih, lebih kemas lagi kalau kemahiran edit video ini juga dapat menambah ilmu dari segi penggunaan komputer.
        
    Seorang daripada ahli kumpulan yang dikenali sebagai  kumpulan Tuah telah dipilih untuk dijadikan contoh kepada kelas tentang cara - cara membuat video biodata yang untuk dimasukkan di dalam blog. Kami diberikan keinzinan kepada Puan Dr.Azlina untuk mengedit blog dari sini.Kepada ahli - ahli yang tidak pernah mencuba boleh mendapat pengetahuan daripada ahli yang pernah membuatnya untuk diberi tunjuk ajar dan Puan Dr. Azlina mengwajibkan kepada sesiapa yang belum mengedit blog perlu mencuba untuk menambah pengalaman.

  • Puan Dr. Azlina menerangkan cara - cara yang lebih mudah untuk mencari maklumat.




  • Ketua kumpulan (Alip) kami telah memberi tugasan pada setiap ahli Brilliantlegacy untuk mencari maklumat tentang biodata tokoh (Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor) yang telah dipilih.



  • Proses mencari maklumat pada ahli Brilliantlegacy tentang biodata tokoh (Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor) tersebut.








Sekian,Terima kasih 
daripada: Muhammad Amin Rafiq Bin Mohd Hanif

                                 

No comments:

Post a Comment