Sunday 19 March 2017


E-FOLIO TENTANG ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA


Pada hari Rabu, 15/2/2017. Semasa kelas Pengajian Malaysia berlansung Puan Norhafiza memberitahu kami bahawa Dr Azlina tidak dapat mengajar kami kerana Dr Azlina mempunyai urusan penting yang hendak dilakukan. Walaupun Dr Azlina tidak dapat hadir ke kelas, pembelajaran tetap berjalan seperti biasa tetapi pengajarnya telah digantikan oleh Puan Norhafiza.

Pada pukul 10 pagi, semasa pelajar tengah bersiap sedia untuk memulakan pelajaran. Puan norhafiza menceritakan sedikit tentang "Isu - Isu Keprihatinan Negara" kepada pelajar agar mereka lebih faham untuk masuk ke tajuk yang seterusnya.

Sesudah selesai mencerita serba sedikit tentang "Isu - Isu Keprihatinan Negara". Pn Norhafiza mula masuk untuk bab dasar malaysia iaitu tentang hal ehwal serantau dan dunia iaitu : ASEAN, OIC, KOMANWEL,NAM Dan PBB.



Puan Norhafiza menceritakan tentang Dasar Malaysia






sesi pembelajaraan yang dijalankan tentang 
"Isu - Isu Keprihatinan Negara"










Setelah selesai mempelajari "Isu - Isu Keprihatinan Negara"
Puan Norhafiza juga membukakan soalan kepada pelajar jika ada sesuatu yang tidak faham. setelah  selesai Puan Norhafiza pula yang membuka soalan kepada pelajar bagi menguji kefahaman pelajar sepanjang sesi pembelajaran itu berlangsung.

Kesimpulannya, cara pengajaran yang diterangkan oleh Puan Norhafiza amat efektif kepada pelajar kerana Puan Norhafiza banyak memberi peluang kepada pelajar untuk bercakap. Dengan cara itu juga tahap keyakinan pelajar akan lebih yakin untuk berdepan sesuatu.




Sekian Terima Kasih
Disediakan oleh: Siti Norsyafika Naida Bte Mohamad Naim

Tuesday 14 March 2017


Pada hari rabu 1.3.2017 yang lepas kelas Pengajian Malaysia yang diajar oleh Dr Azlina telah membicangkan tentang video berkaitan E-folio dan membincangkan tentang penggunaan blog dan cara untuk melakukan tugas yang diberikan di dalam blog.



Dr Azlina sedang menerangkan video yang berkaitan E-folio dan memberi tunjuk ajar untuk memperkemaskan video yang telah dibuat oleh setiap pelajar dls1a.Dr Azlina ingin pelajar menambah baikkan video dengan meletakkan gambar gambar yang berkaitan E-folio dan pelajar perlu menguatkan lagi suara kerana video yang telah dibuat tidak berapa jelas audionya.



selain itu,Dr Azlina juga memberikan tugasan berkaitan peta minda yang harus dilakukan pada masa itu berkaitan pembangunan negara dan membuat 10 soalan mengenai tajuk yang telah diberikan.gambar di atas menunjukkan pelajar dls1a iaitu rafiq dan amin sedang melaksanakan tugasan yang diberikan iaitu tugasan yang berbentuk peta minda.





mereka membicangkan tentang hal hal yang berkaitan yang harus dimasukkan di dalam peta minda supaya peta minda mereka padat dengan isi isi penting.



 contoh tugasan yang harus disiapkan dalam bentuk peta minda.






contoh tugasan yang telah disiapkan oleh pelajar DLS 1A .

kesimpulannya tugasan yang telah diberikan dan tunjuk ajar yang diberi oleh DR Azlina banyak membantu pelajar dari segi ICT dan sejarah malaysia.



Disediakan oleh,
Muhammad Nur Iman













Monday 27 February 2017

E-Folio ( Pembentangan)

E-Folio Pembentangan

BIODATA DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR ANGKASAWAN NEGARA MALAYSIA

Daripada Farhah Raudhah


KERJAYA DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR


Daripada Syamala


PERJALANAN DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR MENJADI SEORANG ANGKASAWAN

Daripada Mohammad Allif


LATIHAN YANG DIJALANKAN OLEH DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR


Daripada Siti Norsyafika Naida


PERJALANAN DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR KE ANGKASA LEPAS

Daripada Amin Rafiq

BERPUASA DI ANGKASA LEPAS

Daripada Sughan

SUMBANGAN DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR KEPADA NEGARA



Daripada Muhammad Nur Iman

Sunday 26 February 2017

E-Folio (Tokoh)

DR SHEIKH MUSZAPHAR ANGKASAWAN MALAYSIA PERTAMA



BIODATA SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR ANGKASAWAN NEGARA MALAYSIA


Nama penuh : Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha.

Tarikh lahir : 27 Julai 1972

Tempat lahir : Kuala Lumpur, Malaysia.

Keluarga : Beliau merupakan anak ke tiga daripada lima orang adik-beradik.

Kehidupan peribadi : Berkahwin dengan Datin Dr. Halina Mohd Yunos pada 10/10/2010. Beliau bertemu dengan Dr. Halina sejak 2001 sewaktu beliau merupakan pensyarah di Universiti kebangsaan Malaysia, manakala Dr. Halina adalah pelajarnya waktu itu. Mereka dikurniakan 2 cahaya mata perempuan iaitu Sophea Isabella dan Sophea Natasha.


Dr. Sheikh Muszaphar Shukor bersama isteri dengan dua puterinya

LATAR BELAKANG KELUARGA


Bapa : Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Abdul Shukor  (Kembali ke rahmatullah pada 7 September 2012 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia)

Ibu : Datin Zuraidah Sheikh Ahmad

           Adik-beradik :


Dari kiri ke kanan- Ajil, Opik, Amus, Abang. Arwiz.


1-  Sheikh Ahmad Shukor Al-Masrie (Abang)
2- Sheikh Taufik Shukor Al-Masrie (Opik)
3- Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masrie (Amus)
4- Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie (Ajil) – Penulis  buku “REACHING FOR THE STARS” (Kembali ke  rahmatullah pada 27 Oktober 2007 berumur 32  tahun)
5- Sheikh Arwiz Shukor Al-Masrie (Arwiz)





Sekian terima kasih.
Disediakan oleh: Farhah Raudhah




KERJAYA DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR



 Dr. Sheikh Muszaphar telah berjaya menamatkan pendidikan sekolah tinggi di Maktab Rendah Sains MARA di Muar.

Maktab Rendah Sains MARA di Muar.

Beliau kemudiannya telah  melanjutkan pelajarannya melalui ijazah perubatan MBBS di Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India.

Kolej Perubatan Kasturba, Manipal, India.

 Beliau menjadi doktor ortopedik dan menjadi pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).



Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital Seremban pada 1998,  Hospital Besar Kuala Lumpur pada 1999 dan Hospital Selayang (2000-2001).


Beliau juga merupakan seorang model di kebanyakan iklan komersial.

Sekian terima kasih
Disediakan oleh : Syamala




Perjalanan Sheikh Muszaphar Menjadi Seorang Angkasawan


Karajan Malaysia telah mengadakan Program Angkasawan Malaysia bagi  calon angkasawan yang sesuai. Seramai 11 275 calon telah mendaftar diri dengan pelbagai kelayakam akademik,  ketahanan fizikal, emosi dan mental. Mereka menjalani latihan terakhir di Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan. Sheikh Muszaphar dikatakan ialah calon terakhir daripada yang memohon program ini. 



Kosmodrom Baikonur, Kazakhstan.

Kerajaan Malaysia telah bekerjasama dengan kerajaan Russia. Peluang ini sebahagian daripada pakej pembelian jet pejuang Russia bernilai AS$1 billion  (RM 3.44 billion).



Sheikh Muszaphar dan tiga calon akhir lain dipilih pada awal tahun 2006 daripada Program Angkasawan Malaysia. Setelah selesai menjalani latihan di Star City, Russia,  Sheikh Muszaphar dan Faiz Khaleed akhirnya dipilih untuk menjalani latihan selama 18 bulan di Russia. Akhirnya, beliau dipilih sebagai calon utama Angkasawan Pertama Malaysia sementara Faiz Khaleed dijadikan calon simpanan.



Dr. Sheikh Muszaphar semasa dalam latihan.


Disediakan oleh

Muhammad Allif bin Rosli



Latihan Yang Dijalankan Oleh Dr Sheikh Muszhaphar


Program Angkasawa Negara Malaysia bermula pada 2006 untuk menghantar angkasa lepas. Pada 4 september 2007 , Dr Sheikh Muszhapar Shukor telah dipilih sebagai angkasawan Malaysia yang pertama. Dia berlepas ke stesen Angkasa Antarabangsa menaiki soyuz TMA - 11 pada 10 oktober 2007.


Pengarah Program Angkasawan Negara Kolonel Dr Zulkifly Yusof



Dr Sheikh Muszhapar Shukor Sheikh Mustapha menginap di hotel cosmonaut, Baikonour, Kazakhstan. Mereka menjalani latihan fisiologi dan mental bagi memastikan mereka cepat menyesuaikan diri sejurus tiba di ISS seperti waktu tidur dan makan.

Solat hajat dan khutbah Jumaat bertemakan ''Misi Angkasawan Negara Anugerah Allah SWT Dalam Menjana Fardhu Kifayah Ummah '' dibaca di semua masjid di seluruh Malaysia pada hari jumaat 5 oktober 2007 menjelaskan kepentingan program itu mengikut pandangan islam

Semasa berada di pusat latihan kosmonaut gagarin di star city, moscow Dr Sheikh Muszhapar Shukor Seikh Mustapha diberi pemeriksaan dan kajian lanjut selepas kembali ke bumi. Latihan star city adalah berbeza dengan latihan space tourist dimana mereka mengambil masa selama setahun.


Sekian Terima Kasih

Disediakan Oleh : Siti Norsyafika Naida 




 SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR ANGKASAWAN NEGARA PERJALANAN KE ANGKASA LEPAS 

  Baikonur,kazakhstan 10 oktober.DR.Sheikh Muszaphar Shukor meluncur ke angkasa dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11 tepat pukul 7.21 malam.Pelancaran roket Soyuz sepanjang 50 meter.Soyuz yang dipacu roket selaju 26,000 kilometer sejam.Kapal angkasa Rusia, Soyuz TMA-11 yang membawa Sheikh Muszaphar, 35, bersama dua krew lain dilancarkan dengan jaya dari tapak pelancar di Baikonur Cosmodrome.

 kapal angkasa Soyuz TMA-11


    Roket itu menuju ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) yang terletak 333 kilometer dari muka Bumi. Soyuz mengambil masa selama dua hari perjalanan mengelilingi orbit sebelum dijangka tiba di limbungan ISS.Soyuz dijadualkan mendarat di ISS pada pukul 8 malam 12 Oktober.Dua krew lain dalam Soyuz ialah Yuri Malenchenko, 45, dari Rusia yang merupakan veteran ISS dan Peggy Whitson, 47, dari Amerika Syarikat, iaitu wanita pertama yang bakal mengetuai operasi di ISS.

Dari kiri ke kanan, Dr. Sheikh Muszpahar Shukor, Yuri Malenchenko, Peggy Whitson

     Beliau akan kembali ke Bumi pada 21 Oktober dengan dua angkasawan Rusia yang telah berada di stesen itu sejak enam bulan lalu iaitu komander Fyodor Yurchikin dan jurutera penerbangan Oleh Kotov.Sheikh Muszaphar dijadualkan meninggalkan ISS bersama Yurchikhin dan Kotov pada 21 Oktober dengan kapal angkasa Soyuz TMA-10 yang ketika ini berlabuh di ISS.

 Komander Fyodor Yurchikin


 Kotov

Beliau dan Kapten Dr. Faiz Khaleed merupakan dua calon terakhir daripada 11,275 rakyat  Malaysia yang memohon menjadi angkasawan pertama negara ketika tawaran dibuka pada 2003.


Dr. Sheikh Muszaphar Shukor dan Dr. Faiz Khaleed

Sekian terima kasih,
Disediakan oleh: Amin Rafiq




BERPUASA DI LUAR ANGKASA




Sebagai seorang muslim dan berpuasa diakhir Ramadhan semasa di angkasa lepas, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia, telah menerbitkan satu buku panduan untuk Muslim di angkasa lepas.




Semasa Dr. Sheikh Muszaphar Shukor solat dan kakinya diikat


Bukunya bertajuk perlaksanaan ibadah di stesen antarabangsa yang mempunyai 18 muka surat. Ia menerangkan bagaimana untuk mengenal pasti waktu solat, dan masalah yang melibatkan hal puasa. Orbit ISS menghasilkan satu kitaran siang dan malam setiap 90 minit. panduan ini boleh didapati dalam bahasa Rusia, Arab dan Inggeris. Anan C. Mohd daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia menyatakan, ''Berpuasa semasa perjalanan adalah tidak diwajibkan. Maka, Sheikh Muszhapar dibolehkan untuk melakukan atau tidak. Sekiranya dilakukan, waktu berpuasa adalah sama dengan waktu tempatan di Baikonur dimana tempat kapsul dilancarkan". Bagi membolehkan Sheikh Muszhapar shukor meraikan Hari Raya Aidilfitri pada 13 oktober 2007 bersamaan hari Sabtu, bekalan seperti kuih, biskut dan sate dibekalkan bagi dimakan bersama angkasawan yang ada di stesen angkasa lepas.




Rendang terapung semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri


Dr. Sheikh Muszaphar Shukor membaca Al-Alquran


Sekian terima kasih,
Disediakan oleh Sughan




SUMBANGAN DR. SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR



Seperti yang kita ketahui Dr Sheikh Muszaphar shukor iaitu angkasawan pertama Negara menjdi individu yang telah pergi ke bulan untuk  pertama kalinya. Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha (dilahirkan pada 27 Julai 1972) merupakan doktor bedah ortopedik dari Malaysia dan merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas setelah diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi(kini bergelar "Tun"  pada 25 september 2007(selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.



 Dr. Sheikh Muszaphar Shukor seorang yang beragama islam jadi dengan kejayaan Dr Sheikh Muszaphar Shukor ini, dunia Islam akan berbangga dengan kejayaan angkasawan Malaysia yang akan membuat pemerhatian dari sudut agama ketika berada di angkasa lepas.Selain itu Keputusan negara untuk menghantar manusia ke angkasa lepas pada tahun 2007 adalah satu kejayaan negara, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.Ia Jelas menunjukkan bahawa Dr. Sheikh Muszaphar bukan sahaja membanggakan negara bahkan membanggakan negara islam juga.


       Dari sudut lain pula Dr. Sheikh Muszaphar juga berkecimpung dalam bidang perubatan satu daripadanya potensi sumbangan dalam ekonomi menerusi penyelidikan mikrograviti telah membawa kepada pembangunan antibodi baru khusu untuk industri farmaseutikal. Ia menunjukkan  bahawa Dr. Sheikh Muszaphar bukan sahaja berjaya dalam bidang angkasawan sahaja tetapi berjaya jugak dalam bidang perubatan yang beliau ceburi.

Dr. Sheikh Muszaphar Doktor pakar Ortopedik

Sekian terima kasih,
Disediakan oleh Muhammad Nur Iman


Wednesday 22 February 2017

Efolio Tentang Biodata Tokoh - Tokoh


  Pada hari ni, hari rabu bersamaan  22/2/2017 kelas Dls1A telah masuk ke kelas Pengajian Malaysia. Puan Dr.Azlina memulakan kelas seperti biasa dengan ucapan Assalamuailaikum dan selamat tengahari dan diiringi bacaan doa sebelum memulakan pelajaran. Suasana  menjadi gemuruh apabila Puan Dr.Azlina  menunjukkan markah quiz satu dan dua. Markah untuk kesemuanya memuaskan kerana kemahiran yang diajar oleh Puan Dr.Azlina sangat berkesan. 
    
    Selepas itu, beliau menerangkan efolio kepada kami tentang tokoh yang sudah dipilih oleh setiap kumpulan untuk membuat biodata. Beliau juga memesan supaya tidak meniru kesemuanya ayat terdapat dari internet. Ayat - ayatnya perlu diubah suai untuk pengetahuan masing- masing dan kami perlu membuat tiga perenggan untuk satu tugas yang telah ditetapkan oleh ketua kumpulan secara adil.
      
   Untuk mengurangkan beban ketua Puan Dr.Azlina menyuruh kami membuat dari powerpoint dan ketua boleh terus masukkan ke dalam blogger setiap ahli kumpulan. Tugas kedua yang diberikan ialah membuat video mengenai apa yang telah dicatatkan untuk biodata tokoh - tokoh yang dipilih, lebih kemas lagi kalau kemahiran edit video ini juga dapat menambah ilmu dari segi penggunaan komputer.
        
    Seorang daripada ahli kumpulan yang dikenali sebagai  kumpulan Tuah telah dipilih untuk dijadikan contoh kepada kelas tentang cara - cara membuat video biodata yang untuk dimasukkan di dalam blog. Kami diberikan keinzinan kepada Puan Dr.Azlina untuk mengedit blog dari sini.Kepada ahli - ahli yang tidak pernah mencuba boleh mendapat pengetahuan daripada ahli yang pernah membuatnya untuk diberi tunjuk ajar dan Puan Dr. Azlina mengwajibkan kepada sesiapa yang belum mengedit blog perlu mencuba untuk menambah pengalaman.

  • Puan Dr. Azlina menerangkan cara - cara yang lebih mudah untuk mencari maklumat.




  • Ketua kumpulan (Alip) kami telah memberi tugasan pada setiap ahli Brilliantlegacy untuk mencari maklumat tentang biodata tokoh (Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor) yang telah dipilih.



  • Proses mencari maklumat pada ahli Brilliantlegacy tentang biodata tokoh (Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor) tersebut.








Sekian,Terima kasih 
daripada: Muhammad Amin Rafiq Bin Mohd Hanif