Thursday 2 February 2017

Sistem Pemerintahan Malaysia dan Pilihan Raya

Sistem Pemerintahan Malaysia & Pilihan Raya


Pada 25/1/2017, aktiviti pada hari tersebut mempunyai sedikit kelainan, tetapi aktiviti ini tetap sama iaitu bermain sambil belajar. Sebelum memulakan aktiviti yang diberikan oleh Dr.Azlina. Dr.Azlina memberikan sedikit ilmu kepada kami untuk menguatkan lagi pengetahuan kami dalam tajuk Sistem Pemerintahan Malaysia dan Pilihan Raya. Sama seperti aktiviti sebelum ini, sebelum hari kejadian aktiviti ini dijalankan, kami diberikan tugas untuk membina peta minda tentang taju Sistem Pemerintahan Malaysia dan Pilihan Raya.



peta minda Sistem Pemerintahan Malaysia dan Pilihan Raya


Selepas Dr.Azlina memberikan kami sedikit pengetahuan kepada kami. Kami diberikan masa satu jam untuk melakukan perbincangan untuk menguatkan lagi ingatan kami tentang tajuk yang diberikan.


semasa perbincangan




semasa perbincangan



video semasa sesi perbincangan


    Apabila tamatnya sesi perbincangan, kami diberikan tugasan untuk menjawab soalan yang disediakn oleh Dr.Azlina. Soalan - soalan yang disediakan oleh Dr.Azlina ialah daripada soalan yang dibuat oleh kami sendiri dan pelajar pelajar kelas kami. Soalan itu dikumpul oleh Dr.Azlina dan diberikan kepada kami. Soalan itu diajukan melalui seorang dari kumpulan lain untuk mengetuai kumpulan supaya permainan ini dilakukan dengan adil. Kumpulan kami dikawal atau dikonduk oleh Roopakhantan iaitu ahli dari kumpulan Kuasa Siswa. Aktiviti ini juga mempunyai markah iaitu dikira melalui berapa banyak soalan yang dapat dijawab dengan betul. 


hasil jawapan dan markah


Aktiviti ini perlu dilakukan oleh setiap pusat pendidikan kerana ia sangat berkesan untuk menguatkan lagi pengetahuan pelajar dalam tajuk tajuk yang dipelajari. Buktinya, kami sendiri dapat menjawab soalan dengan lebih yakin walaupun mempunyai kesalahan. 




Sekian, Disediakan oleh;
MOHAMMAD ALLIF BIN ROSLI



No comments:

Post a Comment