Thursday 2 February 2017

Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia



Pada 18/1/2017, Dr.Azlina mengadakan permainan sambil belajar iaitu permainan SAHIBA. Permainan dimain melalui tugasan yang diberikan kepada kami iaitu sebelum hari permainan ini dimainkan, kami diberi tugasan untuk membina peta minda dibawah tajuk Perlembagaan Malaysia.



Peta minda Perlembagaan Malaysia

Kami juga diberikan tugasan untuk membuat tiga soalan daripada tajuk Perlembagaan Malaysia dan dihantar kepada Dr.Azlina melalui Laman Cidos iaitu laman khas setiap politeknik di Malaysia. Semua soalan itu dikumpulkan oleh Dr.Azlina dan diberikan kepada kami untuk permainan SAHIBA ini. Permainan ini dimainkan dengan diketuai oleh seorang daripada ahli kumpulan lain sebagai konduktor yang memberikan soalan yang disediakn kepada kumpulan supaya permainan ini dimain dengan adil oleh setiap kumpulan. 



konduktor/ahli kumpulan lain yang mengetuai kumpulan kami.

Apabila konduktor atau ketua memberikan soalan kepada kami, kami perlu menjawab soalan itu dengan betul untuk membina perkataan ayat. Soalan diberikan mengikut giliran putaran arah jam. Setiap seorang perlu menjawab satu soalan dengan betul untuk mendapat markah.






Markah permainan ini diambil melalui berapa banyak huruf yang digunakan dalam perkataan yang dibina. Semakin panjang perkataan yang dibina, banyak markah yang kami akan perolehi. (Contoh; meja- hanya empat markah yang diperoleh iaitu dikira dari huruf 'M' 'E' 'J' dan 'A')


video kumpulan kami

Permainan ini dijalan dengan tempoh masa yang ditetapkan oleh Dr.Azlina iaitu 30 minit. Kami bermain dengan penuh semangat untuk memenangi permainan ini. Kumpulan yang menang akan menerima hadiah daripada Dr.Azlina
Aktiviti ini perlu diteruskan kerana ia mempunyai kelebihan untuk memberi pengetahuan kepadda para pelajar dengan lebih pantas.





Sekian, Disediakan oleh;
MOHAMMAD ALLIF BIN ROSLI



No comments:

Post a Comment